| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Maal Hijrah Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Ceramah Maal Hijrah Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 12 September 2019. Antara pengisian program ialah ceramah agama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Arif Adzwan bin Mohd Ali, Penceramah Jemputan dari YADIM dan turut dihadiri oleh Encik Abdul Hafiz bin Mat Tuah, Penolong Pengarah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Perak. Program ini merupakan kerjasama antara Unit Agama, Penjara Taiping dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Perak. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Ustaz Mohd Khalil bin Abdullah, Ketua Unit Agama Islam, Penjara Taiping kepada tetamu yang hadir. Program
bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Seramai 200 orang penghuni terlibat dalam program ini.