| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Hari Keluarga Kakitangan SHG Telok Mas Melaka

Pada 12 Januari 2019 (Sabtu) Kelab Sukan Kakitangan dengan kerjasama PERSIAP dan Koperasi Kakitangan Penjara Melaka Berhad Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah menganjurkan Karnival Hari Keluarga Kakitangan SHG Telok Mas. Karnival ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan ahli keluarga dengan kehadiran melebihi seramai 300 peserta. Dalam karnival ini pelbagai program dan aktiviti yang diadakan antaranya pertunjukan Badut, Supadupa, Senamrobik, Strong Man, Arm Wrestling, Pertandingan Mewarna, Boling Klasik, Basikal Lambat, Anyam Ketupat, Kerusi Beracun, Kupas Telor Rebus, Pertandingan Karaoke dan Cabutan Bertuah. Karnival ini telah dirasmikan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Turut diadakan juga kempen Derma Darah oleh Kementerian Kesihatan Hospital Melaka. Karnival ini turut ditaja oleh Syarikat Nestle Milo Melaka dan Mcdonald Cawangan Dataran Pahlawan Melaka.