| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 2019

Pada 03 November 2019 (Ahad) Unit Pemulihan Dan Rawatan, telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena yang diadakan di Dewan Seroja melibatkan 16 orang penghuni beragama Hindu. Program ini bermula pada jam 10.30 pagi telah disempurnakan oleh PKP Navinderjit Singh AL Savinder Singh,Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah. Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan Deepavali disamping mengeratkan hubungan bersama ahli keluarga. Program ini juga turut dihadiri oleh PENAWAR dan Persatuan Hindu Sanggam Negeri Kedah.