| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kolaborasi Bersama Keluarga Sokong Bantu Keluarga Penjara Puncak Borneo 2019

Pada 30 Oktober 2019 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Puncak Borneo Kuching Bahagian Pemulihan telah mengadakan Program Kolaborasi Bersama Keluarga “ Sokong Bantu Keluarga” Penjara Puncak Borneo 2019.  Modul HUNT (Help Yourself, No Suffer No Tears) merupakan modul pemulihan dadah Jabatan Penjara Malaysia yang dibina sebagai alat intervensi kelompok kepada penghuni yang mempunyai isu penagihan dan melakukan kesalahan jenayah yang berada di awal pemulihan (early recovery) dan sedang menjalani hukuman di penjara. Program Kolaborasi Bersama Keluarga “SOKONG BANTU KELUARGA” Penjara Puncak Borneo Kuching, merupakan sesi ke 17 dalam Modul Hunt yang melibatkan penghuni yang mengikuti program ini bersama-sama keluarga dimana pada sesi ini penghuni (klien) akan berbincang serta berkongsi pengalaman mengenai kemajuan yang telah dicapai sepanjang menjalani proses pemulihan yang telah dijalankan sepanjang keberadaan mereka di dalam penjara dimana kehadiran keluarga penghuni (klien) akan menjadi tunjang sokongan kepada perubahan positif penghuni (klien) secara berterusan.

Objektif program ialah untuk memberi pendedahan kepada ahli keluarga serta masyarakat luar tentang program pemulihan yang dilaksanakan di Jabatan Penjara Malaysia. Selain daripada itu, program ini juga membina jaringan perhubungan baik di kalangan keluarga penghuni yang terlibat agar sama-sama memberi sokongan dan membantu usaha pemulihan yang dilaksanakan bagi memastikan pemulihan secara berpanjangan kepada penghuni yang terlibat serta menjadi sumber inspirasi dan menyuntik semangat di kalangan masyarakat luar bersama-sama Jabatan Penjara Malaysia serta lain-lain agensi berkaitan dalam usaha membasmi masalah penagihan dadah.

Program ini dihadiri seramai 110 orang termasuk ahli keluarga. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak TKP Haji Ajidin Bin Haji Salleh, TKP Haji Mohamad Rosidek Bin Musa selaku Penasihat, Pengarah Penjara Puncak Borneo PKP Hamdan Salleh Bin Majin serta kakitangan Penjara Puncak Borneo.