| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Latihan Amali Dan Teori Menembak Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 16 dan 17 Oktober 2019  (Rabu dan Khamis), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan latihan amali menembak kepada pegawai dan anggota Pusat Koreksional Jasin, Melaka yang dikendalikan oleh SP Zahari Bin Zainal bersama SP Mohamad Yusry Bin Mislan. Latihan teori menembak telah dijalankan pada 02 November 2019 (Sabtu) bertempat di Lapang Sasar Pusat Latihan RELA Sungai Udang, Melaka  di mana seramai (30) peserta terdiri daripada (12) Pegawai kanan dan (18) anggota lain-lain pangkat terlibat di dalam latihan tersebut. Latihan yang dijalankan melibatkan empat jenis penggunaan senjata api iaitu Pistol S&W MP9, Revolver .38 Special S&W, HK MP5 A3 dan Pump Action Short Gun. Antara objektif  latihan adalah untuk meningkatkan kemahiran yang lebih mendalam kepada pegawai dan anggota tentang teknik pengendalian senjata api yang sebenarnya.

Di akhir kursus, diharap objektif pihak pengurusan untuk melahirkan pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berilmu dan multipurpose  akan dapat direalisasikan sepanjang tahun.