| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Kecergasan Fizikal Peringkat Penjara Tapah, Perak

Pada 17 Oktober 2019 bertempat di Gunung Irau, Cameron Highland, Pahang. Telah berlangsung Kursus Kecergasan Fizikal dengan mendaki Gunung Irau, gunung ke-15 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2110 meter pendakian bermula  jam 7.00 pagi dan selamat turun 14.30 petang melibatkan seramai 25 peserta pelbagai pangkat.

Kursus yang telah dijalankan adalah satu bentuk latihan yang dirancang bagi meningkatkan disiplin, kecergasan, pembentukan pasukan dan tahap keterampilan anggota. Penyelaras Kursus adalah PP  Mohd Nizar Bin Abdullah dan di bantu oleh IP Iqbal Hakimi bin Abdul Rohim serta  IP Zulfa Asrin bin Jasni sebagai Pegawai Latihan di Penjara Tapah. Kursus ini juga telah dibantu oleh Pegawai dari Jabatan Perhutanan Cameron Highland iaitu En. Alif Fikri yang memberi taklimat dan latihan sepanjang kursus ini dijalankan. Kursus ini telah dijalankan dengan jayanya, keseluruhan peserta berjaya menamatkan latihan ini dengan mengambil masa selama 6 jam 30 minit.