| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kumpulan Walid Penjara Dusun Dato’ Murad Menyertai Finalis Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2019

8-11 Oktober 2019 : Kumpulan Inovasi Walid Penjara Dusun Dato’ Murad melalui produk inovasi Wreenfish telah dipilih sebagai Finalis Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2019 dalam Kategori Usahawan Sosial dan seterusnya layak untuk menyertai International Greentech & Eco Product Exhibition & Conference Malaysia (I-GEM) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 8 hingga 11 Oktober 2019. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Kumpulan Walid telah mencipta sejarah Jabatan Penjara Malaysia apabila produk Wreenfish berjaya diterima masuk dalam Katalog MCY Award 2019 yang boleh dilayari melalui laman sesawang mcyportal.mestecc.gov.my. Hadiah telah disampaikan oleh YB Isnaraissah Munirah Majlis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.