| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Pusat Koreksional Bintulu

Pada 16 Oktober 2019 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan program Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Pusat Koreksional Bintulu bagi tahun 2019 bertempat di kawasan padang dalam. Seramai 45 orang kakitangan dan 357 orang penghuni telah terlibat dalam menjayakan sambutan pada kali ini. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku diikuti dengan bacaan doa, disusuli dengan ucapan dan perasmian yang telah disempurnakan oleh Penolong Komisioner Penjara, Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu. Sebelum acara sukan dimulakan, sesi memanaskan badan dilakukan dengan acara senamrobik. Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan sepanjang program berlangsung diantaranya ialah bola sepak, bola tampar, sepak takraw, tarik tali, catur, dam aji dan karom. Program telah dimulakan pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi.