| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Lan Berandau Bersama Anak-Anak Yatim Bahagian Bintulu

Pada 28 September 2019 (Sabtu), Unit Program Pemulihan Insan (PPI) Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Program Lan Berandau Bersama Anak-Anak Yatim Bahagian Bintulu bertempat di Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Cawangan Bintulu. Program ini melibatkan seramai 11 orang Ahli Jawatankuasa  penganjuran, 10 orang Pegawai Pengiring dan 10 orang penghuni. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung dimulakan dengan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar kompleks kebajikan tersebut, disusuli dengan sukaneka bersama ana-anak yatim, persembahan nyanyian oleh kumpulan Busker PKBS yang terdiri daripada 10 orang penghuni disamping beramah mesra dengan anak-anak yatim dan akhir sekali penyampaian hadiah dan cenderahati. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, Penolong Komisioner Penjara, Hairol Hisham Bin Mohd Harith. Program ini telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.