| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Taklimat Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara Bil.E302 (Pindaan 2019) Tatacara Pengiringan Dan Kawalan Banduan & Simulasi Penggunaan Gari Baru

Pada 14 Oktober 2019, Penjara Tapah telah mengadakan Taklimat Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara Bil.E302 (Pindaan 2019) berkaitan Tatacara Pengiringan dan Kawalan Banduan serta mengadakan simulasi penggunaan gari baru. Taklimat PTKJP Bil.E302 ini telah diadakan di Dewan Budiman, Penjara Tapah kepada kakitangan beruniform sebagai pendedahan, pemahaman dan panduan mengenai PTKJP Bil.E302 pindaan tahun 2019.  Taklimat yang telah disampaikan oleh  TPP  Mohd  Yusof bin Harun  ini turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Tapah, TKP Kamarudzaman bin Haji Mamat.