| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Bulan Sukan Negara Dan Hari Keluarga Peringkat Penjara Bentong 2019

Pada 12 Oktober 2019 (Sabtu) Telah diadakan Sambutan Bulan Sukan Negara Dan Hari Keluarga Peringkat Penjara Bentong 2019. Seramai lebih 200 kakitangan serta keluarga telah hadir memeriahkan Sambutan Bulan Sukan Negara Dan Hari Keluarga Peringkat Penjara Bentong yang diadakan ini. Antara Objektif sambutan ini diadakan adalah untuk membudayakan sukan dalam kalangan kakitangan dan keluarga Penjara Bentong. Selain itu sambutan ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati sesama anggota, dan mengeratkan silaturahim di antara kakitangan Penjara Bentong. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang sambutan ini berlansung diantaranya adalah senamrobik, sukaneka dan cabutan bertuah. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YH TKP Dato’ Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong.