| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Infokraf Penjara Negeri Sarawak Tahun 2019

Penjara Pusat Miri telah diamanahkan sebagai institusi pengelola bagi Pameran Infokraf Penjara Negeri Sarawak Tahun 2019 yang telah diadakan mulai 11-13 Oktober 2019 bertempat di Imperial Mall, Miri, Sarawak. Pameran kali ini telah disertai oleh semua institusi Penjara Negeri Sarawak. Majlis Perasmian telah diadakan pada 11 Oktober 2019 dan disempurnakan oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir di majlis perasmian tersebut adalah Ketua-Ketua Institusi Penjara Zon Sarawak, Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Bahagian Miri, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Ketua-Ketua Masyarakat Bahagian Miri, ahli NGO’s dan media. Semasa majlis perasmian tersebut telah diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Agensi Kerajaan, NGO’s serta bekas penghuni yang telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program-program di Penjara Pusat Miri sepanjang tahun 2018/2019. Sepanjang program infokraf berlangsung juga diadakan pelbagai aktiviti termasuk Pameran Kepenjaraan, Kuiz Kepenjaraan dan sebagainya.