| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Solat Hajat Dan Restu Ilmu SPM 2019 SHG Telok Mas Melaka

Program Solat Hajat dan Restu Ilmu SPM 2019 telah diadakan pada 5 Oktober 2019 bertempat di Dewan Parameswara Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Program ini diadakan bagi meningkatkan motivasi serta memohon restu ibu bapa dan guru-guru sebelum para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019. Program dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan solat hajat yang diadakan di Dewan Seroja yang dipimpin oleh Ustaz Adzli Bin Abu Kher, Guru Tahfiz SM Tahfiz (JAIM) Kampung Cenderah, Jasin Melaka. Acara seterusnya diadakan di Dewan Parameswara iaitu Motivasi Lonjakan Saujana SPM 2019 oleh En Salleh Bin Mohd Nor, Pegawai Kaunseling SHG Telok Mas. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka.