| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Keluarga Divisyen A Dan Divisyen B Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Tahun 2019

Pada 16 September 2019 (Isnin) Penjara Seberang Perai telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga bagi Divisyen A di Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol, Perak. Manakala bagi Divisyen B pada 21 September 2019 (Sabtu) bertempat di Sunway Carnivall Waterpark, Sungai Petani, Kedah.  Seramai lebih 300 kakitangan dan keluarga setiap divisyen telah hadir dalam menjayakan sambutan hari keluarga yang diadakan. Sambutan yang diadakan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati sesama anggota, selain itu, memberi ruang kepada ahli keluarga melakukan aktiviti bersama keluarga melalui acara sukaneka yang dipertandingkan. Pengarah Penjara Seberang Perai, PKK Husin bin Hj. Johari bersama Pengerusi PERSIAP, Pengarah Penjara Seberang Perai turut sama hadir memeriahkan sambutan hari keluarga bagi kedua-dua divisyen ini. Pelbagai acara dipertandingkan dan hadiah cabutan bertuah diadakan untuk setiap keluarga.