| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Ahli Jawatankuasa “Bar Council Child Right Committee” Ke Pusat Koreksional Puncak Alam

20 September 2019 (Jumaat) – Pusat Koreksional Puncak Alam telah menerima lawatan daripada  The Malaysian ‘’Bar Council Child Right Committee’’  yang melibatkan 14 ahli jawatankuasa projek  bagi mengenal pasti masalah kanak-kanak yang sedang ditahan di institusi ini. Lawatan ini juga adalah untuk membolehkan ahli-ahli jawatankuasa memahami bagaimana pusat ini beroperasi serta merangka kerjasama dua hala di antara kedua pihak dalam membnatu penghuni yang memerlukan bantuan guaman.

Puan Ajeedkaur a/p Nika Singh selaku ketua jawatankuasa hak asasi kanak-kanak Bar Malaysia memaklumkan bahawa jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan Ogos 2016 dalam mengendalikan aspek-aspek yang berkaitan masalah kanak-kanak. Lawatan ini merupakan lawatan yang pertama ke institusi Penjara Malaysia.

Sesi taklimat dan lawatan ini telah dipengerusikan oleh Penolong Komisioner Penjara [PKP] Amer Shariffudin bin Mat Noor, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam dengan kehadiran Timbalan Pengarah, pegawai-pegawai kanan serta penyelia setiap unit di institusi ini. Sesi soal jawab turut diadakan selepas selesai taklimat.

Kesemua ahli jawatankuasa diberi peluang melawat ke Blok Akademik Sekolah Integriti Puncak Alam (SIPA) dan Klinik Penjara untuk melihat sendiri bagaimana sistem pembelajaran dijalankan di dalam kelas serta rawatan yang diberikan oleh pegawai perubatan institusi ini.