| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Malaysia Yang Ke-56 Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2019

Pada 18 September 2019 (Rabu), bertempat di Padang Utama Penjara Kajang telah diadakan Program Sambutan Hari Malaysia ke-56. Seramai 650 orang penghuni  telah mengikuti program tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Kajang iaitu PKK M. Basakaran A/L S. Muthiah. Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis  PKP Muhamad Kamal Bin Shamsudin, TPP Fadzli Bin Mohamad Majidi, TPP Ahmad Nasir b Hj Ali, PPP Noor Alang Wangsa B. Muhamad Nor dan barisan pegawai kanan serta anggota lain-lain pangkat. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini bertujuan menanamkan semangat kecintaan kepada negara dan memupuk perpaduan kaum dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini.