| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Khas Sempena Maal Hijrah “Realiti Vs Fantasi” Bersama Dai’e Adam & Dai’e Haziq Bagi Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Tahun 2019

5 September 2019 (Khamis) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menjemput penceramah Dai’e Muhammad Adam Muhibullah Abdullah dan Dai’e Haziq Safwan Norzaman untuk menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maal Hijrah 1441 peringkat IPDJ bertempat di Surau Al-Ikhlas IPDJ. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran pelajar dari Pusat Pengajian Ibnu Razak (iREC) Ulu Jempol, Negeri Sembilan. Turut hadir YB Bakri Sawir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani, EXCO dan ADUN Klawang, N. Sembilan bersama PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Ceramah yang bertajuk ‘Realiti dan Fantasi’ ini disampaikan bagi tujuan memberi penekanan dan kefahaman tentang pengertian hijrah sebenar. Ceramah telah bermula pada jam 8.00 malam dan selesai pada jam 10.00 malam.