| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Keluarga Divisyen B Penjara Pusat Sibu

Pada 07.09.2019 hingga 08.09.2019, Penjara Pusat Sibu telah mengadakan Program Hari Keluarga Divisyen B bertempat di Tanjung Kembang Resort, Kabong, Sarawak. Kakitangan dan ahli keluarga yang menyertai program telah berkumpul di Pejabat Perusahaan Penjara Pusat Sibu seawal jam 8.00 pagi bagi tujuan pendaftaran dan pelepasan konvoi ke lokasi program. Pelepasan konvoi program telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu, PKP Azhar Bin Ahmad.

Setibanya di Tanjung Kembang Resort, Kabong, kakitangan dan ahli keluarga mula menjalankan gotong royong memasang khemah dan kelengkapan memasak sebelum disusuli dengan jamuan makan secara “Pot Luck”. Pada jam 4.30 petang, telah diadakan aktiviti sukaneka dan aktiviti mandi laut. Pada sebelah malam, bermula jam 8.00 malam telah diadakan aktiviti jamuan makan malam, nyanyian karaoke, sukaneka, pertandingan gusti lengan, penyampaian hadiah dan pertukaran hadiah di antara kakitangan.

Pada 08.09.2019, seawal jam 7.00 pagi telah diadakan aktiviti senamrobik sebelum disusuli dengan jamuan sarapan pagi. Seterusnya pada jam 10.00 pagi, gotong royong kebersihan kawasan dan mengemas kelengkapan program dijalankan sebelum semua peserta program bergerak pulang.

Program turut diserikan dengan kehadiran PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Penjara Pusat Sibu serta isteri yang juga Pengerusi PERSIAP Penjara Pusat Sibu, Puan Nor Azizah Binti Ismail. Turut hadir PP Tajudin Bin Tungal, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sibu dan TPP Gudam Ak Diai (Ketua Bahagian Pengurusan Banduan).