| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting

KAMUNTING, 11 September 2019 (Rabu) bersamaan 11 Muharram 1441H, Unit Agama Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan satu program ceramah bersempena sambutan Maal Hijrah 1441H. Ceramah yang bertemakan “ Ibrah dan Hikmah Disebalik Peristiwa Hijrah” ini dianjurkan berbentuk ilmiah bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada penghuni apakah peristiwa yang membawa kepada penghijrahan dari kota Makkah ke kota Madinah . Penceramah jemputan ialah Ustaz Muhamad Azian Bin Mat Isa dari Pejabat Agama Islam Daerah Taiping Perak. Seramai 156 orang banduan telah hadir untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok Fajar, Blok Lestari dan Blok Kekal. Program bermula dari jam 9.30 pagi  dan berakhir pada jam 11.45 pagi. Ia turut dihadiri oleh Timbalan Penguasa Penjara Haji Radzun Bin Othman mewakili Pengarah Pusat Koreksional Kamunting dan beberapa orang pegawai sebagai Dif-Dif Kehormat di dalam program ini. Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah kepada banduan yang berjaya menjawab soalan kuiz serta serahan cenderamata kepada penceramah jemputan.