| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional) ke Penjara Limbang

Pada 26 Ogos 2019 (Isnin), YBhg. TKJP Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Limbang dan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pra Perpindahan Penghuni dari Penjara Sabah ke Penjara Limbang, Sarawak selaras dengan MOU Malaysia-Brunei. Turut hadir semasa program tersebut YBhg. Dato’ Hj. Mohd Dusuki Bin Ya’acob, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Sarawak. YBhg. Dato’ turut melawat ke dalam Zon Daku bagi melihat Blok Penempatan dan kawasan sekitar.