| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Ahli Lembaga Hakim Pelawat Dan Ahli Lembaga Pelawat SHG Bersama Pengarah Penjara Negeri Melaka

Pada 27 Ogos 2019 (Selasa) bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas telah diadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Hakim Pelawat Dan Ahli Lembaga Pelawat SHG bersama Pengarah Penjara Negeri Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka membincangkan tindakan yang telah dilaksanakan hasil pandangan dan teguran oleh Ahli Lembaga Hakim Pelawat Dan Ahli Lembaga Pelawat SHG secara sesi lawatan mereka. Selesai mesyuarat, diadakan juga penyampaian medal dan piala kepada penghuni Projek Henry yang telah berjaya menjadi johan dalam tiga kategori yang dipertandingkan pada Kejohanan KL Fight Loco PMKL 2019.