| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulan September 2019 Institusi Penjara Tapah, Perak

TAPAH – 4 Sept 2019 (Rabu), bertempat di Padang Kawad, Penjara Tapah telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat institusi.  Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Penjara Tapah.  

Majlis tersebut dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh TKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat dan diserikan lagi dengan majlis pemakaian pangkat kepada (2) Inspektor Penjara yang telah disahkan dalam jawatan, (33) Sarjan Penjara (TBBK) dan (4) Koperal Penjara (TBBK).  TKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat juga menyampaikan amanat, memberi teguran dan peringatan kepada semua kakitangan dalam ucapan yang telah disampaikan di akhir majlis.