| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ibadah Qurban Peringkat Institusi Penjara Pusat Sri Aman

Pada 14 OGOS 2019, Bertempat di Perkarangan Kantin Penjara Pusat Sri Aman, telah diadakan Program Ibadah Qurban Peringkat Institusi Penjara Pusat Sri Aman bagi tahun 2019. Program Ibadah Korban sebagai tanda kesyukuran bagi menyambut Hari Raya Aidiladha. Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan merupakan peristiwa besar dalam agama islam kerana Ketika itu Nabi Ibrahim telah mengorbankan anaknya bagi menurut perintah yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.

Antara matlamat program ini ialah melahirkan Modal Insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersesuaian dengan kehendak agama, bangsa dan negara. Dan antara Objektif Program ini ialah mewujudkan keinsafan kepada kakitangan/anggota, Melahirkan kakitangan/anggota yang bekerjasama, Memperingatkan semula kakitangan/anggota kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Mengekalkan semangat yang jitu cintakan Agama Islam.