| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha Peringkat Penghuni Institusi Pusat Koreksional Kamunting 1440H

Pada 11hb Ogos 2019 (Ahad) bersamaan 10 Zulhijjah 1440H- Sempena menyambut Hari Raya Aidul Adha, Unit Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha peringkat penghuni bertempat di Surau Al-Hidayah, Pusat Koreksional Kamunting . Imam Solat sunat ini dipimpin oleh Pen Peg Hal Ehwal Islam Ustaz Mohamad Fairulnizam Bin Mazilan dan khutbah disampaikan oleh Pen Peg Hal Ehwal Islam Ustaz Ahmad Lutfi Bin Yahaya. Tajuk Khutbah yang dibawa ialah “Aidil Adha Dimanakah Pengorbanan Kita”. Program bermula pada jam 08.00 pagi dengan laungan takbir raya, solat sunat Aidilfitri dan bacaan khutbah. Solat Sunat Aidilfitri ini melibatkan seramai 187 orang penghuni. Turut hadir pada program ini Inspektor Penjara  Muhd Azziri Bin Che Nacha @ Yahub dan Unit Kawalan Pencegahan (UKP) yang bertugas. Majlis selesai pada pukul 9.15 pagi.