| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ibadah Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Penghuni Penjara Marang, Terengganu Bagi Tahun 2019

Isnin, 12 Ogos 2019 Masihi bersamaan 11 Zulhijjah 1440 Hijrah, satu Program Ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Penghuni Penjara Marang telah diadakan di Perkarangan Surau Al-Falah, Penjara Marang Terengganu. Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Penguasa Penjara Mohd Nazri bin Mohamad bersama Penolong Penguasa Penjara Roslan bin Mohamed. Seramai 10 orang anggota telah terlibat dalam program kali ini bersama 20 orang penghuni dalam usaha membantu menyempurnakan kerja-kerja penyembelihan.

Aidiladha ini adalah merupakan perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk seluruh umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Justeru itu, biarpun terpisah dengan dunia luar dan terpenjara disebalik tembok berjeriji besi ini, para penghuni yang beragama Islam tetap diberi peluang untuk meraikan bersama dan ia sebenarnya salah satu usaha pemulihan yang diterapkan oleh pihak penjara kepada para penghuni, agar dapat memupuk kesedaran dan keinsafan dalam diri akan nilai pengorbanan dalam hidup apabila mereka dibebaskan kelak.

PKK Wan Sani Bin Ab. Latiff Pengarah Penjara Marang, Terengganu amat berbesar hati apabila program ini turut mendapat kerjasama yang baik dari pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Individu dengan menyumbangkan sebanyak 2 ekor lembu dan 1 ekor kerbau untuk dikorbankan. Program telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.