| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Amali Sembelihan Dan Korban Peringkat Penghuni Penjara Limbang Tahun 2019

Pada 8 Ogos 2019 (Khamis) bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1440H, Unit Agama telah menganjurkan Program Amali Sembelihan dan Korban Peringkat Penghuni. Program ini telah diadakan di Surau An-Nur (Surau Banduan) Penjara Limbang dan disertai seramai 56 orang penghuni. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada penghuni tentang cara-cara melakukan sembelihan yang betul serta menanamkan azam dalam diri masing-masing untuk melakukan ibadah korban apabila bebas kelak. Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan, KIP Mohd Adelie Bin Subpei. Bagi menjayakan program kali ini turut dijemput penceramah Imam Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang iaitu Haji Yahya Bin Shari. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.