| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pendidikan Haji Dan Umrah Peringkat Penghuni Penjara Limbang Tahun 2019

Pada 7 Ogos 2019 (Rabu) bersamaan dengan 6 Zulhijjah 1440H, Unit Agama telah menganjurkan satu program Pendidikan Haji dan Umrah Peringkat Penghuni. Program ini telah diadakan di Surau AN-Nur (Surau Banduan) dan Dataran Penghuni Penjara Limbang. Program yang disertai seramai 55 orang penghuni bertujuan memberi pendedahan kepada penghuni berkaitan dengan Haji dan Umrah selain menanam keazaman dalam diri untuk menunaikan haji serta umrah apabila bebas kelak. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Penguasa Penjara TPP Hasbullah Bin Berahim. Penceramah jemputan adalah Imam Masjid Bahagian Limbang juga merupakan panel yang diberikan pentauliahan dari Tabung Haji iaitu Haji Yahya Bin Shari. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.