| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Turun Padang YB Puan Hannah Yeoh ke Taska Kasih dibawah kelolaan Persatuan Isteri, Anak Dan Anggota serta Kakitangan Wanita Jabatan Penjara Malaysia (PERSIAP) Penjara Wanita Kota Kinabalu

Pada 06 Ogos 2019 (Selasa) telah berlangsung program Turun Padang YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ke Taska Kasih bertempat di No.46,Taman Mat Salleh, Fasa 2,Kota Kinabalu, Sabah

Program tersebut turut dihadiri oleh Puan Dg. Rugayah, Ketua Penolong Pengarah (Persekututan) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah, TKP Kausalya Devi a/p Sathoo dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia, PKK Rosman Bin Norman dari Pejabat Pengarah Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu PKP Norneelah Binti Shukor,

Taska Kasih telah ditubuhkan pada 04 Febuari 2019 sebagai sambutan terhadap seruan kerajaan yang mengesyorkan supaya taska ditempat kerja diwujudkan demi memberikan kemudahan kepada pegawai penjara untuk menghantar anak ke taska yang mempunyai waktu operasi bersesuaian dengan tugas pegawai penjara. Sempena dari lawatan ini, pihak PERSIAP mengharapkan sokongan padu daripada KPWKM untuk memperkasakan lagi Taska Kasih demi menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat pengawai penjara yang komited bertugas demi jabatan.