| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Halatuju Kerjaya dan Akademik Penghuni Pembebasan Secara Berlesen SHG Telok Mas, Melaka

Program Psikopendidikan yang di kendalikan oleh Unit Psikologi telah diadakan pada 6 Ogos 2019 (Selasa) bertujuan untuk memberikan pendedahan asas kepada para penghuni berkaitan alam pendidikan dan pekerjaan yang bakal diceburi oleh penghuni yang layak mendapat keistimewaan Pembebasan Secara Berlesen pada 9 Ogos 2019 nanti. Penghuni yang terlibat didedahkan dengan kemahiran asas mengurus cabaran-cabaran di tempat kerja/belajar secara proaktif dan konstruktif, teknik mengawal pemikiran dan emosi, penetapan matlamat kerjaya/akademik serta simulasi relaksasi dengan menggunakan terapi muzik dan penyuburan kompetensi positif dalam diri melalui teknik ‘Talking Circle’ dalam usaha untuk menyemarakkan keyakinan diri agar lebih konsisten dalam proses perubahan di dalam diri. Penghuni-penghuni turut didedahkan tentang kepentingan menjaga solat dan segala tuntutan agama ke arah mencapai keseimbangan kualiti kehidupan kini dan masa depan yang lebih diberkati Allah, dunia dan Akhirat.