| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pesta Durian Penjara Bentong

Pada 5 OGOS2019 (Isnin) jam 8.00 malam bertempat di Dewan Perdana, Kompleks Penjara Bentong, Pahang telah diadakan Pesta Durian Peringkat Kompleks Penjara Bentong. Antara aktiviti yang diadakan dalam majlis ini adalah teka berat durian dan makan durian terpantas . Selain itu, turut diadakan pertandingan karaoke peringkat akhir yang disertai oleh 6 peserta akhir. Pesta durian ini telah dirasmikan oleh Y.H TKP Dato Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong. Majlis berlangsung cukup meriah dengan kehadiran anggota dan kakitangan serta ahli keluarga Penjara Bentong.