| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Program Corporate Smart Internship (CSI) Jabatan Penjara Malaysia

Pada 2 Ogos 2019 (Jumaat) telah berlangsung majlis pelancaran Program Corporate Smart Internship (CSI) Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyuddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri, turut hadir YBhg Dato’ Sri Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Program CSI merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia untuk mempertingkatkan usaha dalam latihan kemahiran dan peluang pekerjaan serta reintegrasi penghuni penjara ke dalam masyarakat. Program ini diadakan sebagai outcome kepada latihan kemahiran yang diberikan kepada Orang Diparol (ODP) dan Orang Diselia (ODS) sebagai peluang kedua bagi mereka memulakan kehidupan baru melalui peluang pekerjaan apabila dibebaskan kelak.

Terdahulu majlis dimulakan dengan Breakfast Talk  yang membicarakan tentang Halatuju Corporate Smart Internship (CSI) yang dimoderatorkan oleh Komisioner Jeneral Abd Kadir bin Rais dengan 7 Ahli Panel Jemputan terdiri daripada Komisoner Jeneral Ibrisam bin Abdul Rahman (Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia), Dato’ Haji  Abdul Mutalib bin Tais (FELCRA), Puan Hamidah binti Hamzah (Wakil Panasonic), Dr. Mohd Rashid Buyong Hamzah (Tim. Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran),  Wakil Jabatan Tenaga Kerja, Wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan Wakil Kementerian Kewangan.

Selepas Breakfast Talk, YB Menteri Dalam Negeri telah membuat ucapan diikuti dengan gimik pelancaran program, tayangan montaj, penyerahan sijil penghargaan, penyerahan Surat Tawaran Pekerjaan dari syarikat-syarikat terlibat kepada Jabatan Penjara Malaysia.

Adalah diharapkan dengan adanya program CSI ini, banduan-banduan yang telah dibebaskan dapat kembali dan berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara.