| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

SHG Telok Mas Cemerlang Pertandingan NATCOMP (National Band Competition) Dan MWBC (Malaysia World Band Competition) 2019

Pada 12hb Julai 2019 (Jumaat) bertempat di Alor Setar, Kedah, Pasukan Pancaragam Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka buat julung kalinya telah menyertai pertandingan NATCOMP (National Band Competition) dan MWBC (Malaysia World Band Competition) yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Pancaragam Malaysia. Seramai 60 orang penghuni pancaragam telah menyertai pertandingan tersebut dibawah kategori ‘Street Parade’. Penyertaan keseluruhan bagi kategori ini telah disertai oleh 6 buah sekolah di seluruh Malaysia iaitu, SMK Kepong, Kolej Sultan Abdul Hamid, SMK Clifford, Victoria Institution, SM Tengku Mahmod dan Sekolah Henry Gurney. Pertandingan ini turut disaksikan oleh TKP Mat Rashid bin Jahlil, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Banduan. Pada pertandingan ini, Sekolah Henry Gurney telah berjaya meraih tempat kedua di dalam kategori terbuka manakala johan bagi kategori ini telah disandang oleh Victoria Institution. Selain itu, Pancaragam Sekolah Henry Gurney telah merangkul dua anugerah iaitu ‘Drum Major Terbaik’ dan ‘Uniform Terbaik’.