| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Penghuni

Pada 13 Jun 2019, Sekolah Integriti Muar Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan majlis sambutan hari raya bertujuan untuk merapat dan mengukuhkan hubungan silaturahim dan meraikan jamuan hari raya diantara kakitangan dan warga kerja Sekolah Integriti dan kakitangan PPA Muar. Seramai 44 pelajar Sekolah Integriti pelbagai bangsa serta warga kerja Sekolah Intergriti terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini. Diharap majlis ini memberi impak kepada semua dan memupuk sikap saling menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum yang ada. Selain itu, ianya dapat memupuk amalan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.