| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai Tahun 2019

Pada 18 Jun 2019 ( Selasa ) telah berlangsung Program Jalinan Kasih Sempena Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai bertempat di Dewan Sukan Penghuni, Penjara Seberang Perai. Seramai 27 orang penghuni lelaki dan wanita dan 142 orang ahli keluarga turut hadir bagi program kali ini.
Majlis dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, TKP Roslan bin Hj. Mohamed, PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai dan jemputan YBhg. Encik Suhaimi bin Mansor, Pegawai Khas Ahli Parlimen Nibong Tebal mewakili YB. Dato Mansor bin Othman, Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB. H’ng Mooi Lee, Pusat Khidmat ADUN Jawi, wakil YB. Zulkifli bin Zulkifi ADUN Sg. Acheh dan wakil YB. Dr. Amar Pritpal bin Abdullah ADUN Sungai Bakap.

Majlis dimulai dengan tarian pembukaan Seloka Raya, ucapan aluan, ucapan perasmian, penyampaian sumbangan daripada YB. Dato Mansor bin Othman, Ahli Parlimen Nibong Tebal berupa keperluan harian untuk kegunaan penghuni, seterusnya simbolik pemotongan kek bersama jemputan dan penghuni, jamuan makan diiringi persembahan istimewa daripada penghuni lelaki dan wanita serta sesi ramah mesra penghuni bersama ahli keluarga dan tetamu-tetamu jemputan.