| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Aidilfitri Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting

Pada 12 Jun 2019 (Rabu), Program Jalinan Kasih Aidilfitri peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting telah diadakan di tapak perhimpunan. Program ini melibatkan seramai 10 orang penghuni beserta 50 orang ahli keluarga. Majlis turut dimeriahkan oleh kehadiran Pengarah Pusat Koreksional Kamunting PKP Ahmad Rizal Bin Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah PP Harun Bin Awang dan KIP Umar Bin Dulmat. Majlis diraikan dengan persembahan nyanyian nasyid dan lagu raya daripada kumpulan nasyid Al-Hijrah yang dianggotai oleh penghuni Pusat Koreksional Kamunting. Majlis turut menyediakan Juadah istimewa kepada penghuni dan keluarga yang dikendalikan oleh Unit Pemulihan dan Unit Agama institusi.