| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Marang Terengganu Tahun 2019

10 Jun 2019 (Isnin), Institusi Penjara Marang telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Marang, Terengganu Bagi Tahun 2019. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Marang, Penolong Kanan Komisioner Wan Sani bin Ab. Latif bersama dengan pegawai-pegawai dari Unit Pemulihan dan Rawatan. Seramai 30 orang penghuni telah terpilih dalam program kali ini melibatkan 90 orang ahli keluarga yang hadir.

Antara lain program seumpama ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penghuni akan kepentingan hubungan kekeluargaan. Bertepatan dengan tema “Jalinan Kasih” yang dianjurkan juga akan dapat memberi sedikit ruang dan peluang kepada penghuni untuk mengeratkan kembali jalinan kasih sayang antara diri penghuni dengan keluarga setelah sekian lama terpisah. Hal ini juga adalah merupakan salah satu usaha yang diberi penekanan oleh pihak penjara khususnya Unit Pemulihan dan Rawatan dalam usaha memberi motivasi dan galakan pemulihan kepada diri penghuni itu sendiri.

Majlis berjalan dalam suasana gembira namun bertukar menjadi sayu seketika apabila penghuni dapat berpelukan dan menjamu selera bersama dengan ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing.