| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Banduan Bersama Kakitangan Rawatan Dan Pemulihan Dadah (RPD) Penjara Kajang 1440H / 2019M

Pada 28 Mei 2019 (Selasa) bersamaan 23 Ramadhan 1440H, Unit Agama Islam, Seksyen Pemulihan Penjara (Unit RPD) telah mengadakan Program Majlis Berbuka Puasa Banduan Bersama Kakitangan. Program ini telah diadakan di Padang Kawad RPD melibatkan seramai 240 penghuni yang beragama Islam. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran TKP Abdul Halim bin Ma Hasan (Pengarah Penjara Kajang), PKP Muhamad Kamal bin Samsudin (Ketua Bahagian Rawatan dan Pemulihan), PP Zakaria bin Mat Jusoh (Ketua Seksyen Pemulihan)  dan TPP Mohd Mazlan bin Dollah (PYB Unit RPD). Turut menyertai majlis ini ialah dua orang wakil dari NGO Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Encik Usamah Izer dan Encik Norazlin Bin Mohd Salleh. Program ini bermula dengan ucapan oleh Pengarah, kemudian diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan kepada banduan muallaf. Saat berbuka majlis diisi dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Mohd Azlan Bin Ishak, yang mewakili Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Selepas berbuka puasa, majlis diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah melibatkan semua pegawai dan penghuni.