| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Literasi Undang-Undang Siri IV Anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka Tahun 2019

Demi meningkatkan martabat wanita, satu Program Literasi Undang-Undang Siri IV anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka telah diadakan pada 22 Mei 2019 (Rabu) bertempat di Pejabat Pelan Pembangunan Insan Penjara Wanita Sungai Udang. Antara pengisian program adalah ceramah mengenai hak-hak wanita di sebalik tirai besi dari sudut pandangan syariah yang telah disampaikan oleh Yang Arif Tuan Amirrudin bin Abdul Latip (Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah). Manakala, dari segi sudut pandangan sivil, ceramah telah disampaikan oleh Puan Nurmadiana binti Mamat (Pengarah Jabatan Bantuan Guaman). Turut hadir, En. Mohd Yusri bin Zainal (Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka), Puan Siti Marnizah binti Abdul Rahim (Timb. Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka) serta kakitangan Jabatan Bantuan Guaman dan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka. Upacara perasmian penutupan telah dilaksanakan oleh YBhg. Komisioner Penjara Datuk Abdul Aziz bin Mohamad (Pengarah Penjara Negeri Melaka). Program telah diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah dan sesi bergambar. Program telah berakhir pada pukul 2.15 petang.