| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Persaraan Dan Perpindahan Pegawai/Kakitangan Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 08 Mei 2019 (Rabu), Penjara Sungai Udang telah mengadakan Majlis Persaraan Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang iaitu PKK Wan Umar bin Wan Abdullah serta Majlis Perpindahan Kakitangan Awam iaitu Pegawai Perubatan Doktor Nor Ruzaini Bte Sulaiman yang akan berpindah ke Terengganu. Majlis yang diadakan di Restoran Astana Putih, Masjid Tanah, Melaka telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Bahagian Pentadbiran. Sumbangan hadiah daripada Kelab Kebajikan & Rekreasi Penjara Sungai Udang telah disampaikan oleh TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang dan sumbangan daripada Bahagian Pentadbiran kepada Dr Nor Ruzaini bte Sulaiman telah disampaikan oleh Puan Nurul Emmi binti Ali. Manakala hadiah daripada wakil PERSIAP telah disampaikan oleh PPP Rohaya Bte Musa kepada Puan Nazimah (isteri PKK Wan Umar). Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama pengarah dan tetamu yang diraikan.