| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Jamaie Peringkat Perdana, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Tahun 2019

Pada 23 Mei 2019(Khamis) bertempat di Surau As-Sakinah, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Majlis Iftar Jamie Perdana, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis telah diserikan dengan kehadiran PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah  Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang diiringi PP Mohamad Jusoh bin Ismail dan PP Amir bin Abidin. Antara aturcara majlis adalah Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang KAFA dan UPKK 2018, penyampaian saguhati tadarus PERSIAP, majlis sumbangan zakat asnaf disantuni kepada warga emas, anak yatim dan pusat pengajian, majlis berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, solat isyak berjemaah, solat sunat tarawih berjemaah dan jamuan moreh. Antara tetamu jemputan yang diraikan adalah anggota dan kakitangan Penjara Negeri Pulau Pinang, Penjara Reman Pulau Pinang, Penjara Sungai Petani, Kedah, Pusat Koreksional Kamunting, Perak, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Seberang Perai Utara dan Selatan, pesara dan anggota expoam, pengetua SMK Taman Widuri, Guru Besar SK Sungai Duri, kakitangan Institut Latihan Kecemerlangan MARA Sungai Jawi, Pulau Pinang dan pelajar Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah, Sungai Duri, Madrasah Al-Irshad Ashraf Al-Wataniah (Pondok Sungai Bakap) dan Kompleks Islam Darul Faizin.