| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Peringkat Penjara Negeri Sarawak

Pada 26 April 2019 (Jumaat) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 yang dikelolakan oleh Penjara Pusat Sibu, Sarawak bertempat di Dewan Kompleks Islam Sarawak Sibu yang melibatkan 90 orang penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Majlis telah disempurnakan oleh Ybhg Dato’ Seri Alwi Bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir ialah YBhg Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YDH TKP Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta Pengarah-pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak. Susun atur majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Keharmonian Rakyat dan Bakti Setia. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak YDH TKP Haji Ajidin Bin Haji Salleh dan seterusnya Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018. Majlis diakhiri dengan ucapan Ybhg Dato’ Seri Alwi Bin Haji Ibrahim, dan sesi bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018.