| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 1440 H / 2019 M

Pada 22 Mei 2019 (Rabu) bersamaan 17 Ramadhan 1440 H, Unit Pemulihan dan Rawatan bersama Unit Agama dan Kaunseling telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 1440 H / 2019 M yang diadakan di Surau Al-Munir yang melibatkan seramai 200 orang penghuni beragama Islam. Majlis ini  diserikan lagi dengan kehadiran TKP Hj Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Pokok Sena. Aturcara majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran, bacaan Ya’asin dan Tahlil serta penyampaian saguhati Tadarus Al-Quran.