| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 21 Mei 2019 (Selasa), Bersamaan 16 Ramadhan 1440H bertempat di Surau Al-Hijr , telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Simpang Renggam, Johor. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah PKK Haji Azman bin Mohd Ali, Timbalan Penguasa Penjara, pegawai-pegawai kanan, Unit Agama, Unit Runding Cara dan Unit Kaunseling Penjara Simpang Renggam, Johor. Seramai 100 orang penghuni terdiri daripada 60 Orang Tahanan  (LLPK), 2 Orang Tahanan (POTA), 20 Orang Tahanan (POCA) dan 18 Orang Banduan Sabitan.


Majlis dimulakan dengan Khatam  Al-Quran yang  disampaikan oleh penghuni Penjara . Aturcara di teruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada penghuni, Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz. Haji Muhaizan bin Abu@hussin daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, majlis berbuka puasa dan solat berjemaah.