| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Daripada YBhg. Dato' Seri Alwi Bin Hj Ibrahim Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Muzium Penjara Malaysia Melaka

18 Mei 2019 (Sabtu) – Muzium Penjara Malaysia Melaka telah menerima kunjungan daripada YBhg. Dato' Seri Alwi Bin Hj Ibrahim Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Lawatan ini telah disambut oleh KP YBhg Datuk Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka, PP Mohd Saifullah bin Md. Akhir Pengarah Muzium Penjara Malaysia dan Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Melaka. Lawatan ini bersempena lawatan kerja oleh YBhg. Dato' Seri Alwi Bin Hj Ibrahim Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ke Muzium Penjara Malaysia Melaka.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah diberikan taklimat khas oleh Pengarah Muzium Penjara Malaysia dan lawatan berpandu di dalam muzium diketuai oleh KP YBhg Datuk Abdul Aziz bin Mohamad. Lawatan yang bermula pada jam 11.00 pagi berakhir pada jam 2.00 petang.