| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja YBhg. Dato Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia ke Penjara Pusat Miri Sempena Majlis Iftar Ramadhan Bersama Kakitangan dan Keluarga Peringkat Penjara Negeri Sarawak Tahun 2019/1440H

Pada 11 Mei 2019, institusi ini telah menerima kunjungan dan lawatan rasmi oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua Persiap Malaysia, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak, dan Pengerusi Persiap Cawangan Negeri Sarawak. Di samping itu juga, beliau turut berkesempatan menghadiri Majlis Iftar Ramadhan Bersama Kakitangan dan Keluarga Peringkat Penjara Negeri Sarawak Tahun 2019/1440H yang telah diadakan di Surau Darul Ibadah, Penjara Pusat Miri. Susun atur majlis tersebut dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan, Tahlil, Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Pesara, serta Solat Isyak dan Terawih Berjemaah. Selain itu, pada 12 Mei 2019 beliau juga telah mengadakan Lawatan ke rumah ODP di Bahagian Miri.