| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Iftar Jama’ie Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka

Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah mengadakan Program Iftar Jama‘ie bersama kakitangan serta keluarga bertempat di Institut Koreksional Tanjung Keling, Melaka. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara negeri Melaka bersama keluarga. Aturcara dimulakan dengan Nyanyian Nasyid oleh kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan diteruskan dengan ucapan Ybhg. Datuk Abdul Aziz bin Mohamad serta diikuti dengan acara berbuka puasa dan Sembahyang Maghrib berjemaah. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yassin dan Tahlil  dan sembahyang Isya dan solat terawih berjemaah. Majlis diakhiri dengan sumbangan Hari Raya kepada kakitangan.