| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Marang, Terengganu Bagi Tahun 2019

Pada 14 Mei 2018 (Selasa), bertempat di Surau Al Falah, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Marang Terengganu Tahun 2019. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Pengarah Penjara Negeri Terengganu, TKP Ahmad Saidi bin Hamzah diiringi Pengarah Penjara Marang, PKK Wan Sani bin Ab. Latif bersama pegawai-pegawai kanan dan anggota daripada Unit Rawatan dan Pemulihan Penjara Marang. Seramai 200 orang penghuni dari pelbagai kategori kesalahan telah terpilih dalam majlis berbuka puasa kali ini.

Program telah bermula seawal jam 05.30 petang dengan sesi Tadarus Al-Quran yang telah disampaikan oleh penghuni penjara. Seterusnya sesi penyampaian cenderahati berbentuk hamper kepada penghuni yang menyertai program tersebut.

Pengisian program kali ini diteruskan lagi dengan penyerahan wang zakat yang telah disampaikan oleh Pengarah Penjara negeri Terengganu dan diterima oleh pegawai dari Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sejumlah RM2,366.00 telah berjaya dikutip hasil dari pembayaran zakat dikalangan penghuni.