| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Kompleks Penjara Bentong Tahun 2019M/1440H

Pada 15 Mei 2019 (Rabu), bertempat di Masjid Kompleks Penjara Bentong telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Kompleks Penjara Bentong bagi tahun 2019/1440H. Turut Hadir dalam majlis tersebut ialah Y.Bhg KJP Sri HJ Zulkifli Bin Omar – Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg TKJP (Pemasyarakatan) Dato’ Abd Aziz Bin Abd Razak, Y.H TKP Dato Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong, YH PKK Dato’ Abu Hassan Hussin, Pengarah Penjara Penor, pegawai-pegawai kanan serta tetamu-tetamu jemputan dari Sek. Men Agama Persekutuan Bentong, Anak-anak Yatim, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Pahang dan Kakitangan Penjara Bentong.

Sebelum bermula majlis berbuka puasa, Y.Bhg KJP Dato’ Sri HJ Zulkifli Bin Omar dan YBhg. TKJP  Dato’ Abd Aziz Bin Abd Razak telah membuat lawatan ke Blok Penempatan Banduan Akhir, Bengkel Tenun Pahang Diraja dan Bengkel Pastri.

Majlis berbuka puasa bermula pada jam 6.30 petang dimulakan dengan Qasidah Tahlil dan Doa Selamat serta penyampaian zakat kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh Y.Bhg KJP Dato’ Sri HJ Zulkifli Bin Omar.