| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jom Riadah Bukit Larut Anjuran Penjara Taiping

Pada 27 April 2019 ( Sabtu ) Program Jom Riadah Bukit Larut anjuran Penjara Taiping telah diadakan dengan mendaki Bukit Larut Taiping, Perak yang melibatkan anggota dan keluarga seramai 200 orang termasuk ahli-ahli PERSIAP institusi Penjara Taiping. Program ini dimulakan pada  jam 7.30 pagi dimulakan dengan sesi taklimat dan aktiviti rengangan di Kaki Bukit Larut. Majlis tersebut telah turut disertai oleh YDH PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping dengan membuat pelepasan kepada peserta yang hadir. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara kakitangan serta keluarga selain menerapkan gaya hidup yang sihat melalui program kecergasan. Program ini dilaksanakan oleh pihak pengurusan bagi menyahut saranan kerajaan bagi membudayakan amalan sihat kepada semua kakitangan kerajaan. Program ini berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada kakitangan dan keluarga yang berjaya sampai ke Pos 3 pada jam 12.00 tengahari.