| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Ambang Ramadhan Peringkat Kakitangan Penjara Limbang 2019

Pada 25 April 2019 bersamaan 19 Syaaban 1440H, Bahagian Agama dan Kaunseling dengan kerjasama Surau Asma Ul Husna (Surau Kakitangan) telah mengadakan program ceramah yang bertajuk “Ramadhan! Besediakah kita? yang telah disampaikan oleh Ustaz Alpijun Bin Ali iaitu penceramah jemputan dari SMK Seri Patiambun, Limbang, Sarawak. Program ini telah dilaksanakan sempena sambutan Ambang Ramadhan peringkat kakitangan Penjara Limbang. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Limbang Hamad bin Seman selaku Pengerusi Surau Asma Ul Husna serta kakitangan penjara seramai 40 orang. Program ini bermula dengan solat fardhu maghrib, kemudian diikuti dengan ceramah, seterusnya menunaikan solat fardhu isyak secara berjemaah. Majlis ini diakhiri dengan sesi jamuan ringan dan Majlis bersurai pada jam 10.00 malam.